Saturday, December 11, 2010

Study gila nak exam

stat hari Jumaat study moral tak juga faham macam nak jawab soalan ...... tak tahulah nanti harap-harap apa yang dapat tulis ajelah .. KH pun hampir sama terutama topik alektrik ni.... Semoga Allah beri hidayah dan diterangkan hati ....inilah agaknya kalau dah usia senja baru nak ambil ijazah....

Thursday, December 2, 2010

Mengemas kini fail BMM3105

Hari ni , kemaskini fail kumpulkan semua nota ,dan lengkapkan tajuk satu hingga 15... petang nanti nak jumpa gruop di Perpustakaan awam Seri Iskandar .....

Wednesday, December 1, 2010

Membuka skype

Hari ini mencuba membuka akaun skype alhamdullah berjaya tapi tak tahu nak berhubung siapa.Petang tadi pengalaman pertama buat amali KH pasang lampu dan penggera .... seronok juga .... walaupun bahan-bahan yang nak dipasang kecil -kecil dan memenatkan tapi dapat juga tambah pengalaman...

Monday, November 29, 2010

TAJUK 15

Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
  
  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran
  • Sebelum itu kami telah bermesyuarat melantik ahli jawatankuasa dan membincangkan perlaksanaan perjalanan seminar dan pameran.
  • Kami telah bersetuju Cikgu Sudirman sebagai pengerusi slot seminar dan pameran ini.

TAJUK :14

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu 
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

TAJUK :13



Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

  • Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan

TAJUK: 12

Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan